Ekonomi dan Ikan Kembung.
Assalamualaikum...
Petang tadi aku pergi kedai runcit
seksyen lapan untuk beli barang basah. Ikan kembung, Ayam seekor, Tomato dua
biji, Halia, daun sup bawang dan sup bunjut adabi. sudah tentulah menu aku
petang semalam adalah sup ayam, ikan goreng dan air asam.
Aku sangat terkejut apabila ikan
kembung tu harga sekilo RM 18.00. dah sampai level-level ikan A, aku bukan tak
biasa beli ikan. Dari kecil memang tugas hakiki aku kat rumah pergi kedai beli
barang dapur. Ikan kembung pada zaman 90-an dulu baru RM 7.00 sekilo. Pada awal
2000 baru harga dalam RM 9.00 dan paling tinggi pun dalam RM 11.00/kg.
Apakah yang mendorong berlakunya
fenomena barang basah naik macam ni sekali? adakah salah kerajaan Barisan
Nasional sebagai kerajaan pusat, salah Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan
Negeri Selangor, Peniaga, Pembeli atau salah Ikan itu sendiri yang meletakkan
harga yang tinggi bagi dirinya?
Bila aku bawa skuter pulang ke rumah,
aku mengimbau kenangan lalu belajar ekonomi asas dengan abah melalui analogi
Ikan Kembung di Bandar Baru Selayang.
Ikan Kembung, Ikan Grade B yang
paling sedap bagi aku, paling sedap buat gulai tempoyak, asam pedas, asam
rebus nenas, Goreng panas2 luar garing dalam lembut, bakar cicah air asam!
*******************************
Pada masa tu tak silap aku penghujung
1997, masa tu aku baru pindah ke Bandar Baru Selayang dari Kampung Sungai Tua
Baharu.
Semuanya bermula apabila abah asyik
bercerita pasal pasaran saham yang merudum selari dengan harga ikan kembung
yang naik pada tahun itu. Lantas aku bertanya..
" Abah macam mana harga saham
boleh naik turun, ikan kembung boleh mahal murah?"
" semua ni sebab pasaran
ikar!"
" tapi siapa yang control
pasaran? kerajaan ke orang tukang jual ikan tu abah?"
" Harga barang ditentukan oleh
permintaan dan penawaran. Demand and supply, meh abah bagi contoh"
1. Stok Ikan kembung sikit,
permintaan banyak, Harga Naik.
Katalah pada tahun ini ikan kembung
tak banyak, Penjual Ikan BBS ada 10 ekor saja ikan kembung. Tapi ada 100
orang penduduk Taman nak beli ikan kembung. Jadi jika ikan kembung tu
selalunya sekilo jual RM 9.00, maka penjual ikan akan naikkan harga sampai
sekilo Rm 12.00.
Dia tahu, walaupun dia naikkan harga
ikan kembung sampai Rm 12.00/kg pun orang akan beli, katalah 20 orang merungut
taknak beli sebab mahal dari harga biasa, dan 20 orang ini akan boikot ikan
kembung, tapi ada 80 orang lagi orang taman akan beli ikan tu sebab mungkin
bini mengidam ikan kembung, anak tak boleh makan ikan lain kecuali ikan
kembung, atau memang jenis banyak duit tak peduli harga naik RM 3 / Kg pun tak
kisah. Janji beli.
Jadi Permintaan dari 80 orang ini
yang akan menaikkan harga ikan kembung sebab mereka redha dengan harga yang
tinggi itu, dan Penjual ikan akan mendapat faedahnya.
2. Spekulator Ikan Kembung. Ikan
Kembung banyak, tapi harga tetap tinggi.
Katalah AH Chong si penjual ikan ni
ada banyak sangat duit. Duit Berkoyan-koyan taktau nak buat apa, di samping itu
Ah Chong ada Cold Room yang besar, Fasiliti kedai yang besar. Maka Ah Chong
boleh menjadi kapitalis sejati.
" kejap kejap ikar, Kapitalis tu
apa ikar?"
" kapitalis adalah Pemodal, dia
ada duit banyak, duit banyak adalah modal, modal banyak membolehkan dia beli
stok banyak dan dia boleh simpan, dia boleh wujudkan kekurangan
(Shortage)"
Walaupun pada musim itu Ikan kembung
banyak, tapi Ah Chong seorang penjual monopoli di BBS, Jadi Ah Chong akan
gunakan duit modal dia beli Ikan kembung dekat pasar borong sampai habis.
kemudian dia akan simpan semua ikan kembung dalam Cold Room dia, Katalah
sebanyak 2 tan ikan kembung.
Ah Chong akan keluarkan ikan kembung
dia sedikit demi sedikit, katakan sehari 10 kilo ikan kembung saja, maka
walaupun pasaran borong ikan kembung itu banyak asalnya, disebabkan sikap tamak
Ah Chong sebagai kapitalis yang manipulatif, dia telah berjaya mewujudkan
keadaan kekurangan Ikan kembung dengan cara memborong semua ikan dan kemudian
mengawal pengeluaran.
3. Spekulator jahat. Membunuh
Pesaing, melambakkan stok (surplus)
Jika ada peruncit yang baru nak
berjinak-jinak berniaga di BBS, Ah Chong akan busuk perut, Ah Chong akan mencuba
untuk membunuh pesaingnya agar dia kekal monopoli di BBS.
Ah Chong dah borong banyak ikan
kembung di pasar, kemudian simpan dalam Coldroom kan? apabila Makcik Jemah
(peruncit baru) cuba menjual runcit ikan kembung pada harga pasaran. Ah Chong
akan keluarkan semua ikan kembung dalam store dia dan jual murah.
Disebabkan Ah Chong borong ikan
kembung tu pada harga murah sebab beli banyak, Ah Chong boleh jual pada harga
lebih murah dari Mak jemah. Katalah Mak jemah beli ikan kembung 200 kilo dengan
harga RM 7.00/Kg, Ah Chong pula beli 2 Tan ikan kembung pada harga RM 6.00 /
Kg, Jadi Ah Chong boleh jual ikan kembung pada harga RM 7.00 / kg lantas
membunuh perniagaan Ikan Kembung Mak jemah.
Mak Jemah sudah tentulah tidak boleh
jual ikannya pada harga Rm 7.00 sekilo sebab dia beli pun Rm 7.00, kalau dia
jual rugilah dia. Jadi membusuklah ikan kembung dia dalam gabus ikan sebab dia
jual RM 9.00 /kg.
Pada waktu ini, pengguna yang untung
sebab ada persaingan dari peruncit, maka harga mula turun mendadak.
4. Kekuatan Pengguna, Menurunkan
permintaan, melambakkan Ikan kembung, menurunkan harga.
Pada satu hari, penduduk di BBS
merasa letih ditindas oleh Ah Chong, lantas mengadakan mesyuarat untuk
memboikot ikan kembung di sana.
Orang tua-tua kata, bersatu teguh
bercerai roboh.
Ah Chong mengurangkan stok ikan
kembung lantas memanipulasi harga pada takat RM 12/Kg, semua penduduk telah
hantar sms sesama mereka supaya jangan beli ikan kembung Ah Chong. Maka hari
pertama tiada orang beli ikan kembung, ikan kembung makin kurang segar, hari
kedua ikan kembung mula lembik perut, hari ketiga mata ikan kembung merah, hari
keempat insang ikan kembung mula menghitam, hari kelima perut ikan kembung
pecah.
Masa itu barulah Ah Chong terpaksa
turunkan harga ikan kembungnya sebab dia taknak rugi, dia menurunkan ikan
kembung dari RM 12.00 / kg ke harga asal pada tahap surplus iaitu RM 9.00 / kg.
Pada masa ini terpulang pada pengguna nak beli ikan kembung itu atau teruskan
memboikot untuk memberi pengajaran kepada Ah Chong.
5. Adakah Kerajaan boleh masuk campur
untuk mengawal harga ikan kembung dari dimanipulasi oleh Ah Chong?
Ya, boleh!
"bagaimana?"
a) Harga Siling (penguatkuasaan)
Kerajaan boleh menetapkan harga
Siling pada ikan kembung tersebut, Ahli Parlimen bersidang dan membuat akta
bahawa ikan kembung hanya boleh dijual paling mahal (maximum) pada harga RM
10/Kg. Kalau Ah Chong jual pada harga lebih dari itu maka kerajaan mempunyai
kuasa untuk mendenda ah chong samada saman, penjara atau menyita stok ikan
kembung dia.
" adakah kerajaan kita sekarang
pernah aplikasikan perkara ini?"
" ya pernah, pada contoh klasik
harga siling ayam, cili merah, bawang dan ikan kembung pada musim perayaan,
Selain itu kerajaan meletakkan harga siling pada tepung gandum bergrade asas,
minyak masak, gula dan beras sepanjang tahun"
" tapi kenapa aku beli gula,
beras semua masih mahal? kau tipu aku ye Ikar?"
" iyalah, sebab kau beli gula
halus kastor, beras wangi super siam, minyak jagung mazola, kalau kau selalu
mengeluh tak mampu kau belilah barang yang bergrad asas yang harganya dikawal.
Ni kau mengeluh tak mampu tapi selera datuk!"
b) Pemberian subsidi
Kerajaan pusat ambil duit cukai
negara, pendapatan dari Petronas ke, pinjaman ke atau apa saja dan kemudian
bayar kepada Tokey Ikan kembung, Gula, Minyak, Beras.
Katalah harga modal ikan kembung
adalah RM 7.00 sekilo, Harga runcit pula RM 11 sekilo, Jadi kerajaan kesian,
maka dia keluarkan duit berbillion-billion dan bayar pada pemborong paling
besar di Malaysia secara pukal. Maka Harga yang rakyat bayar pada peruncit
adalah RM 9.00 sekilo, baki RM 2.00 lagi dibayar oleh Kerajaaan.
" adakah sistem subsidi ini
pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia Ikar?"
" Pernah dan masih dilakukan
kepada Minyak masak, Gula, Tepung, Beras, Susu, Petrol dan beberapa lagi, kalau
korang tak percaya korang pergi luar negara, jangan jauh, pergi saja melancong
ke Thailand, Singapura dan Indonesia, korang tengok harga runcit barang kat
atas ni kat sana. semua mahal-mahal belaka"
" Tapi kenapa kerajaan tak bagi
subsidi kepada semua benda? kan itu semua duit rakyat?"
" Kalau bagi subsidi untuk semua
benda maka negara kita akan muflis, takde duit nak bayar gaji doktor, nurse,
engineer, bomba, polis, menteri, cikgu, takde duit nak repair jalan, sekolah,
RTM, lampu jalan, hospital, bla bla bla bla bla bla..."
" tapi itu kan tanggungjawab
kerajaan?"
" kerajaan kita adalah demokrasi
dan kapitalis, kita semua yang nak macam ni, kalau nak semuanya dikawal
kerajaan maka kita semua kena bersetuju untuk menukar sistem negara kepada
sosialis dan komunis macam Cuba, China, Korea Utara dan Rusia, semua industri
adalah milik kerajaan, dan rakyat hidup samarata."
(hal cara hidup rakyat China dan
tumbangnya sistem komunis akan dibincangkan di isu lain)
6. Ikan Kembung dah banyak,
Manipulasi Spekulator Ah Chong sudah tiada, tapi harga masih mahal.
Tiba-tiba ikan kembung dah banyak
balik, Ah Chong pun dah Insaf, dia jual pada harga berpatutan iaitu RM9.00 /
Kg, tapi Harga Ikan kembung masih meningkat mahal, kenapa?
Sebab Inflasi!
" Apakah itu Inflasi Ikar?"
" Inflasi adalah penurunan nilai
matawang di dalam pasaran"
Katalah Ah chong ada 1 tan ikan
kembung, Tapi pada masa itu ekonomi boom, semua penduduk BBS jual saham dan
tiba-tiba ada RM10,000 dalam poket mereka.
Pada waktu susah / biasa, penduduk
BBS beli Ikan Kembung nak buat lauk pada kadar sekilo untuk 3 hari, tapi
disebabkan dalam poket mereka ada RM10,000 maka mereka mula menjadi tamak dan
pemboros. Mereka takde masalah nak beli ikan kembung sebanyak 3 kg untuk makan
3 hari.
Sebenarnya mereka makan 2 kilo, tapi
sekilo lagi membazir pergi goreng dan gaulkan untuk bagi makan kucing. Sebelum
tu elok je kucing makan kepala ikan belen-belen. Disebabkan boros berbelanja
ini maka harga ikan kembung akan naik, sebab Ah chong mula nampak pattern
penduduk yang tidak berkira dalam berbelanja, main keluar je duit dari poket,
Sedaplah Ah chong jual Ikan kembung pada harga RM 13.00/Kg walaupun Stok Ikan
kembung hakikatnya melambak di pasaran.
Nampak tak perbezaan dia? beza dengan
harga naik sebab shortage (stok takde) . Situasi ini jadi bila stok banyak tapi
harga tetap naik sebab inflasi, inflasi jadi sebab pengguna bongkak, sombong,
membazir, boros, eksyen beli taknak tanya harga konon tak berkira malu nak
nampak macam orang susah.
***************************
Kesimpulan?
Kesimpulannya, Harga Ikan kembung dan
Barang runcit naik mendadak dekat Seksyen 8 Shah Alam sebab dua perkara utama
1- Inflasi mikro - sebab pengguna
seksyen 8 Shah Alam ramai yang perasan datok, takde sifat tawadhuk, ikan mahal
pun beli jugak, taknak boikot dan menyuarakan hak sebagai pengguna. Pengguna
Shah Alam kurang sifat berjimat dan berkira-kira, tak pecaya korang pergi Pasar
Basah Seksyen 6 Shah Alam, tengok yang datang beli semua kereta mewah, jenis
beli ikan main tunjuk-tunjuk tak tanya harga, beli bungkus dan bayar.
2. Monopoli - Seksyen 8 jalan Liku
hanya ada satu kedai runcit yang jual barang basah segar, dulu ada kedai runcit
pisang tapi dah pindah sebab tuan kedai nak ambil balik kedai buat berniaga
lain. Sekarang, nak taknak penduduk seksyen 8 malas nak pergi seksyen lain yang
jauh maka Ikan kembung RM18.00 sekilo pun pejam mata beli.
P/S : Thanks to Bro Zulfikar coz bagi
I 'pinjam' ur entry tuk sama2 share kat sini plak... :)