BAB
1
PENGENALAN MIKROEKONOMI
1.1
Takrif dan Konsep Asas Ekonomi
1.1.1
a) Definisi ekonomi
Ekonomi ialah ilmu
sains sosial yg mengkaji tentang gelagat/perlakuan manusia
menggunakan
faktor/sumber pengeluaran yang terhad untuk memaksimumkan
kehendak
manusia yang tidak terhad.
Konsep asas ekonomi
Kehendak
manusia tidak terhad kerana cita rasa pengguna sentiasa berubah-ubah
dan kemajuan
teknologi membolehkan pelbagai barang dan perkhidmatan
dihasilkan
untuk menarik perhatian dan memuaskan kehendak manusia.
Sumber ekonomi
seperti tanah, modal, buruh dan usahawan yang diperlukan untuk
mengeluarkan
barang dan perkhidmatan adalah terhad.
Sumber ekonomi
yang terhad dan kehendak yang tidak terhad ini menimbulkan
masalah
kekurangan. Dalam erti kata lain, kekurangan wujud apabila sumber
ekonomi yang
sedia ada tidak mencukupi untuk memuaskan kehendak manusia.
b)
Takrif mikroekonomi dan takrif makroekonomi
Takrif mikroekonomi
Bidang
pengkajian ekonomi yang menganalisis aktiviti-aktiviti ekonomi
yang dilakukan oleh
unit-unit kecil di dalam ekonomi seperti gelagat
pengguna dan pengeluar
atau suatu pasaran
Bidang kajian mikroekonomi menumpukan kajian terhadap kelakuan
individu, rumahtangga, firma dan
kerajaan. Ketiga-tiga unit ini merupakan pembuat keputusan dalam sesebuah
ekonomi. Antara teori yang terdapat dalam kajian mikro ialah teori harga, teori
pengeluaran dan kos, struktur pasaran dan peranan kerajaan dalam pasaran.
Teori
harga menjelaskan tentang gelagat pengguna dan penjual dalam menentukan tingkat
harga. Permintaan dan penawaran berinteraksi akan menentukan harga keseimbangan
di pasaran. Permintaan ialah jumlah barang dan perkhidmatan yang ingin dan
mampu dibeli oleh pengguna pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu
manakala penawaran ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan
oleh pengeluar untuk dijual pada suatu tingkat harga dalam jangka masa
tertentu.
Teori
pengeluaran dan kos menerangkan bagaimana seorang pengeluar yang rasional
menentukan jumlah pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan. Selain
daripada itu, teori ini juga dapat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh
pengeluar yang dapat meningkatkan output disamping meminimumkan kos
pengeluaran.
Struktur
pasaran ialah pengkelasan pengeluar kepada berbagai bentuk pasar berdasarkan
kepada jenis barang yang dikeluarkan, bilangan firma dalam sesuatu industri,
kebebasan keluar masuk, kuasa menentukan harga dan persaingan bukan harga.
Berdasarkan ciri tersebut analisis ekonomi membezakan struktur pasaran kepada
empat iaitu persaingan sempurna, monopoli dan persaingan bermonopoli.
Peranan kerajaan dalam ekonomi iaitu campur tangan kerajaan dalam system
pasaran. Terdapat tiga fungsi utama kerajaan dalam pasaran iaitu fungsi
kecekapan, keserataan dan kesetabilan. Untuk menjalankan fungsi tersebut
kerajaan perlu campurtangan di dalam ekonomi antaranya campurtangan secara
langsung dalam pasaran, membuat peraturan undang-undang, pemberian subsidi,
dasar harga minimum, dasar harga maksimum dan pengenaan cukai.
Takrif
makroekonomi
Bidang pengajian ekonomi secara menyeluruh yang melibatkan pembolehubah
ekonomi seperti pendapatan negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan
pembayaran. Makroekonomi mengkaji kegiatan dan peranan yang dimainkan oleh
sektor isi rumah, firma, kerajaan & sektor luar negara secara agregat dalam
menentukan tingkat kegiatan ekonomi
Makroekonomi menumpukan kepada kelakuan ekonomi pada keseluruhannya. Bidang
kajiannya tertumpu secara agregat. Ianya
meliputi pendapatan negara, tingkat
harga umum, guna tenaga dan imbangan pembayaran.
Pendapatan negara adalah jumlah nilai wang bagi seluruh barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh sebuah negara dalam tempoh setahun. Konsep yang sering
digunakan ialah konsep keluaran negara kasar(KNK) sama ada KNK mengikut harga
semasa atau KNK mengikut harga tahun asas.
Tingkat harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam
negara. Tingkat harga umum dapat diukur melalui indeks harga pengguna. Indeks
harga pengguna bagi tahun asas ialah bernilai 100. Sekiranya indeks harga
pengguna tahun kajian bernilai 105% bererti berlaku inflasi sebanyak 5% pada
tahun tersebut berbanding tahun asas.
Guna tenaga merujuk kepada jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pelbagai kegiatan
ekonomi dalam sebuah negara. Gunatenaga merupakan satu petunjuk yang
menggambarkan tingkat kegiatan ekonomi sesebuah negara. Pertambahan tingkat
guna tenaga dalam ekonomi bererti semakin banyak faktor pengeluaran digunakan,
semakin banyak keluaran dihasilkan dan pendapatan negara semakin meningkat.
Imbangan pembayaran merupakan penyata kira-kira yang menunjukkan semua urus niaga dan aliran
wang di dalam sebuah negara pada suatu tahun tertentu. Imbangan pembayaran
lebihan bermaksud jumlah nilai penerimaan sebuah negara melebihi jumlah nilai
pembayaran negara tersebut.Imbangan pembayaran lebihan ini menguntungkan negara
kerana meningkatkan cadangan emas dan
mata wang asaing. Imbangan pembayaran kurangan bermaksud jumlah nilai pembayaran negara
melebihi jumlah nilai penerimaan negara. Jadi imbangan ini merugikan negara
kerana ia mengurangkan cadangan emas dan mata wang asing.
1.1.2
Unit – unit ekonomi dan faktor-faktor/sumber pengeluaran.
Unit – unit ekonomi terdiri daripada:
a. Isi rumah
Isi
rumah bermaksud individu atau kumpulan individu yang tinggal bersama dalam
sebuah rumah. Isi rumah mempunyai permintaan iaitu mereka ialah pengguna. Isi
rumah membeli barangan akhir yang dijual di pasaran. Isi rumah membelanjakan
pendapatan yang mereka peroleh, iaitu hasil jualan perkhidmatan yang dipanggil upah.
Upah yang diterima merupakan sebahagian perbelanjaan firma untuk membayar
faktor buruh.
b. Firma
Sebuah firma merupakan asas unit ekonomi yang menjalankan
aktiviti pengeluaran.
Pengelompokan
firma yang sejenis dikenali sebagai industri. Matlamat utama firma ialah
memaksimumkan untung. Untuk memaksimumkan untung firma harus memilih gabungan
input yang optimum dan mengeluarkan barangan dengan cekap.
c.
Kerajaan
Kerajaan
merupakan badan yang mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sebuah negara
untuk menstabilkan dan membangunkan ekonomi negara. Kerajaan akan mengawasi
kegiatan isi rumah dan firma supaya mereka tidak menjalankan aktiviti-aktiviti
yang merugikan masyarakat.
Kerajaan
akan melakukan kegiatan ekonomi sendiri dengan mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan terutamanya barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan oleh
pihak swasta. Untuk membiayai perbelanjaan tersebut kerajaan akan memperolehi
hasil dalam bentuk cukai daripada isi rumah dan firma.
d.
Sektor luar
Sektor
luar dikenali sebagai ekonomi empat sektor yang terdiri daripada sektor firma,
sektor isi rumah, sektor kerajaan dan sektor luar negeri. Di dalam ekonomi
terbuka, sektor isi rumah, sektor firma
dan sektor kerajaan membuat keputusan dalam menentukan perbelanjaan pelaburan
swasta dan awam serta perbelanjaan penggunaan swasta dan awam manakala sektor
luar negeri menentukan tingkat eksport dan tingkat import dalam negeri.
Faktor-faktor/ Sumber
Pengeluaran.
Dalam
istilah ekonomi sumber dikenali sebagai faktor-faktor pengeluaran atau input.
Faktor-faktor pengeluaran diperlukan oleh pengeluar untuk mengeluarkan
barang-barang. Secara umumnya faktor pengeluaran terdiri dari tanah, buruh,
modal dan usahawan.
a. Tanah.
Tanah
adalah anugerah alam. Tanah merujuk kepada bahan galian, hasil hutan, air dan
lain-lain anugerah alam semula jadi. Faktor tanah merupakan satu anugerah alam
kepada manusia. Manusia mendapatnya secara percuma.
Penawaran
faktor tanah adalah terhad. Tanah dapat digunakan untuk berbagai tujuan.
Sekiranya tanah digunakan untuk satu kegunaan, maka untuk kegunaan lain tanah
tidak dapat digunakan kerana penawaranya terhad.
Bermobiliti
penggunaan, bukan bermobiliti tempat. Tanah dapat digunakan untuk berbagai
tujuan. Oleh itu tanah dikatakan mempunyai mobiliti penggunaan. Walau
bagaimanapun tanah tidak dapat dipindahkan tempat, iaitu tanah tidak dapat
dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Ganjaran kepada penggunaan tanah
ialah sewa.
b. Buruh
Buruh
ialah orang yang bekerja dan mendapat upah. Upah yang mungkin diterima dalam
bentuk wang atau barang. Buruh menjual perkhidmatan sama ada dari segi mental
atau fizikal. Buruh dapat digolongkan sebagai buruh mahir dan bukan mahir.
Buruh
mahir meliputi pekerja yang berpendidikan tinggi atau berkemahiran tinggi dalam
bidang tertentu. Contohnya tukang kayu, mekanik kereta, pensyarah dan
sebagainya. Buruh tidak mahir ialah
buruh yang tidak berkelulusan tinggi dan tidak mempunyai kemahiran dalam sesuatu
bidang pekerjaan. Contohnya buruh kasar, petani, pekerja ladang dan pekerja
ladang.
c. Modal
Modal
merupakan faktor pengeluaran yang diwujudkan oleh manusia sendiri untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Modal merupakan alat dan mesin yang
dihasilkan oleh manusia sendiri untuk menghasikan barang dan perkhidmatan. Ganjaran
kepada modal ialah bunga atau faedah.
Contoh barang modal ialah tali air, jalan raya, bangunan kilang, jentera dan
sebagainya
Proses
pengeluaran dan penambahan stok barang modal dikenali sebagai
pelaburan.
Wang bukan barang modal kerana wang tidak dapat mengeluarkan
barang
dan perkhimatan secara langsung tetapi dapat digunakan untuk membeli
barang
modal bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
d. Usahawan
Usahawan ialah seorang pengurus yang mengabungkan faktor-faktor pengeluaran
untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengusaha akan membuat keputusan
tentang apa, berapa dan bagaimana dan untuk siapa barang dihasilkan. Pengusaha
akan menanggung risiko tentang ketidakpastian pada masa depan. Ganjaran yang bakal
diperolehi oleh pengusaha ialah untung.
1.1.3 Masalah ekonomi dan masalah asas ekonomi
a) Kehendak manusia yang tidak terbatas menyebabkan barang dan perhidmatan
yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran yang sedia ada tidak dapat memenuhi
semua kehendak tersebut. Oleh yang demikian manusia perlu membuat pilihan yang
cekap supaya dapat menghasilkan barang dan perkhidmatan mengikut kehendak dan keperluan manusia supaya kepuasan dapat
di maksimumkan.
b)
Masalah kekurangan, pilihan dan kos
lepas
Oleh
kerana kehendak-kehendak manusia adalah
tidak terhad manakala sumber-sumber ekonomi adalah terhad maka timbul masalah-masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.
a. Masalah kekurangan
Masalah
kekurangan merujuk kepada kekurangan barang dan perkhidmatan yang dapat
dihasilkan berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Masalah
kekurangan wujud disebabkan faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh,
modal dan pengusaha adalah terhad dan
tidak dapat memenuhi semua kehendak manusia yang tidak terhad. Ini bermakna
barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi adalah kurang
daripada yang dikehendaki oleh manusia.
b. Masalah pilihan
Masalah
kekurangan telah menimbulkan masalah masalah pilihan. Manusia harus membuat pilihan
di antara barang-barang perkhidmatan yang dikehendaki dan membuat pilihan
antara penggunaan masa kini dengan penggunaan pada masa depan. Pengguna akan
membuat pilihan yang cekap supaya dapat memaksimumkan kepuasan
c. Kos lepas
Penyelesaian
masalah pilihan melibatkan kos lepas. Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik
yang terpaksa dilepaskan kesan dari pilihan pertama. Masalah pilihan dihadapi
oleh ketiga-tiga unit ekonomi iaitu individu, firma dan kerajaan. Contohnya
katakan kerajaan mempunyai hasil sebanyak 100 juta dan ingin membina sama ada
hospital atau kolej matrikulasi. Sekiranya kerajaan memilih membina kolej
matrikulasi maka kos lepasnya ialah hospital.
c)
Masalah asas ekonomi
Masalah-masalah asas dalam ekonomi boleh dibahagikan kepada
tiga masalah iaitu:
i.
Apa barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan
Masalah apa dan berapa banyakkah barang dan perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan wujud kerana kemampuan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh masyarakat
adalah terhad. Oleh itu masyarakat terpaksa membuat pilihan di antara barang
dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan oleh masyarakat
ii.
Berapa banyakkah barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan
Masyarakat
terpaksa membuat pilihan di antara barang dan perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan oleh masyarakat, bermakna semakin banyak sumber ekonomi yang perlu
digunakan untuk mengeluarkan barang dan pekhidmatan tersebut. Akibatnya sumber
ekonomi yang tinggal untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan lain semakin
kurang.
iii.
Bagaimanakah cara mengeluarkan
barangan tersebut
Setelah
masyarakat menyelesaikan masalah apakah barang dan perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan dan berapa banyak,sekarang ia perlu membuat keputusan tentang
bagaimanakah cara mengeluarkan barang tersebut. Ia boleh memilih kaedah
pengeluaran intensif buruh atau intensif
modal. Oleh kerana sumber-sumber ekonomi adalah terhad, maka kaedah yang dipilaih
mestilah boleh menghasilkan output yang maksimum dengan kos pengeluaran
minimum.
iv.
Untuk siapakah barang-barang dikeluarkan
Masalah
seterusnya ialah untuk siapakah ia dikeluarkan? Adakah ianya untuk orang-orang
miskin atau orang-orang kaya. Lazimnya dalam sebuah ekonomi moden, untuk siapakah barangan tersebut dikeluarkan adalah
bergantung kepada bagaimana pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor
pengeluaran ditentukan. Mereka yang menerima pendapatan yang lebih tinggi akan
menikmati lebih banyak barangan daripada mereka yang kurang mampu.
1.1.4 Pengkelasan barang
Aktiviti
sesuatu sistem ekonomi dalam menghasilkan keluaran boleh dibezakan kepada
benda-benda material dan bukan material. Benda-benda material seperti pakaian,
makanan, rumah dan sebagainya dikenali sebagai barangan. Manakala benda-benda
bukan material seperti perkhidmatan perubatan, pengangkutan, pelajaran dan
sebagainya dikenali sebagai perkhidmatan. Dalam analisis ekonomi kedua-dua
barang dan perkhidmatan dikenali sebagai barangan. Barang yang tersedia dalam
ekonomi boleh dibezakan kepada beberapa jenis.
i)
Barang percuma dan barang ekonomi
Barang
percuma ialah barangan yang ditawarkan oleh alam semula jadi dengan percuma.
Penawaran barang percuma adalah tidak terhad dan tidak melibatkan sebarang kos,
dan kos melepas adalah sifar. Contoh udara, cahaya matahari, angin dan
lain-lain.
Barang
ekonomi merupakan barang yang penawarannya adalah terhad berbanding dengan
kehendak manusia yang tidak terhad. Barang ini mempunyai kos lepas dan harga
yang tertentu. Kebanyakkan barang yang ada dalam dunia ini adalah barang
ekonomi. Contoh barang ekonomi ialah semua barang yang ada dalam pasaran
seperti komputer, pakaian dan makanan.
ii)
Barang perantaraan, barang modal dan barang pengguna/akhir.
Barang
perantaraan ialah barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain.
Biasanya barang ini diminta oleh pengeluar. Permintaannya dikenali sebagai
permintaan berkait atau permintaan terbitan. Contohnya ialah bahan-bahan mentah
seperti getah, minyak kelapa sawit dan besi waja.
Barang
pengeluar dikenali juga sebagai barang modal. Barang modal ialah barang yang
digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Contoh
barang modal ialah mesin, alat-alat
jentera dan kenderaan.
Barang
pengguna dikenali sebagai barang siap atau barang akhir. Barang pengguna ialah
barang yang dihasilkan oleh sebuah firma untuk kegunaan pengguna-pengguna dan
tidak digunakan untuk mengeluarkan
barang lain. Contohnya buku, baju, motosikal dan makanan.
iii)
Barang awam dan barang persendirian
Barang
awam merupakan barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian. Semua orang boleh
menggunakannya, sama ada ia mampu bayar atau tidak. Barang ini disediakan oleh
kerajaan. Contohnya ialah lampu jalan raya, hospital, sekolah dan taman-taman
permainan.
Barang
persendirian juga dikenali sebagai barang swasta atau barang milik individu.
Orang yang mampu membayar sahaja yang boleh menggunakannya. Orang lain tidak
boleh menggunakannya tanpa kebenaran pemiliknya. Selalunya barang ini
ditawarkan oleh pihak swasta. Contoh kereta, radio, rumah dan sebagainya.
1.2
Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
a)
Maksud KKP
Keluk
kemungkinan pengeluaran boleh didefinisikan sebagai keluk yang menunjukkan
tingkat maksimum pelbagai kombinasi dua barangan yang dapat dikeluarkan oleh
sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber-sumber ekonomi yang cekap pada
tingkat teknologi tertentu.
b)
Andaian KKP
Beberapa andaian yang perlu dibuat di dalam pembentukan keluk kemungkinan
pengeluaran iaitu:
a. Ekonomi mencapai
guna tenaga penuh
Ini
bermakna semua faktor pengeluaran yang tersedia
digunakan dengan sepenuhnya. Kesan dari andaian ini tingkat pengeluaran
mencapai jumlah yang paling maksimum.
b. Ekonomi hanya mengeluarkan
dua jenis barangan
Andaian
ini digunakan karana rajah yang digunakan hanya mempunyai dua paksi sahaja.
Misalnya ekonomi hanya mengeluarkan mesin basuh dan kereta.
c. Tingkat
teknologi adalah tetap dan tidak berubah
Dengan andaian
ini daya pengeluaran sut faktor-faktor pengeluaran adalah tetap.
d. Kuantiti dan
kualiti sumber ekonomi adalah tetap
Andaian ini menyatakan bahawa kuantiti dan kualiti faktor-faktor
pengeluaran adalah tetap dan tidak berubah dan kualiti faktor-faktor
pengeluaran juga adalah sama.
Jadual
1.1 di bawah menunjukkan satu contoh jadual kemungkinan pengeluaran. Jadual
tersebut menunjukkan terdapat enam
gabungan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan mesin basuh dan kereta yang dapat dikeluarkan
oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada. Beberapa
pilihan antara mesin basuh dan kereta dapat dikeluarkan. Pada titik A, ekonomi
menggunakan semua faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada untuk menghasilkan
15 buah kereta. Titik B,C,D,E dan F menunjukkan beberapa kombinasi mesin basuh
dan kereta yang dapat dihasilkan dengan menggunakan faktor-faktor pengeluaran
yang sedia ada. Pada titi F, ekonomi menggunakan semua faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan 5 mesin basuh dan tiada kereta yang dikeluarkan. Kombinasi mana yang
hendak dipilih oleh masyarakat
bergantung kepada cita rasa mereka
Jadual
1.1: Jadual kemungkinan pengeluaran
|
KELUK
KEMUNGKINAN PENGELUARAN
Berdasarkan
data dalam jadual 1.1 diatas suatu keluk kemungkinan pengeluaran dapat dibuat
di mana paksi datar menunjukkan jumlah mesin basuh manakala paksi menegak
menunjukkan pengeluaran kereta. Keluk
kemungkinan pengeluaran dapat diterbitkan dengan menyambungkan semua
titik-titik A,B,C,D,E dan F seperti di dalam rajah 1.1
Pengeluaran
pada titik-titik A,B,C,D,E dan F merupakan pengeluaran yang cekap dan ekonomi
berada dalam guna tenaga penuh. Titik-titik yang terletak di bawah keluk kemungkinan
pengeluaran seperti titik U merupakan kombinasi yang dapat dicapai tetapi
pengeluaran pada titik ini adalah tidak cekap kerana terdapat pembaziran dan
pengangguran faktor-faktor pengeluaran. Sebarang titik yang terletak di luar
keluk kemungkinan pengeluaran seperti titik Y, merupakan titik yang tidak dapat
dicapai kerana ketidakcukupan faktor-faktor pengeluaran.
Rajah 1.1:
Keluk kemungkinan pengeluaran
|
Keluk kemungkinan pengeluaran di atas dapat menjelaskan masalah asas ekonomi
iaitu masalah kekurangan, pilihan dan
kos lepas. Masalah kekurangan dapat ditunjukkan oleh kombinasi yang berada di
sebelah kanan keluk kemungkinan pengeluaran seperti pada titik Y. Masalah
pilihan dijelaskan dengan pelbagai kombinasi keluaran optimum yang dihasilkan
pada titik A,B,C,D,E dan F. Kecerunan
keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan konsep kos lepas kerana ia merujuk
kepada jumlah kereta yang terpaksa dilepaskan untuk menambahkan pengeluaran
mesin basuh.
1.2.2.
Keluk kemungkinan pengeluaran dapat menerangkan beberapa konsep
yang berikut:
a.
Konsep kekurangan
Masalah kekurangan wujud apabila
sumber ekonomi yang ada tidak dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak
terhad. Berdasarkan rajah 1.1 kombinasi
barang di sepanjang KKP AF menunjukkan
had maksimum dua barang yang dapat di hasilkan dengan sumber yang ada pada
tingkat teknologi tertentu. Setelah mencapai had maksimum, masalah kekurangan
menghalang masyarakat daripada menambahkan pengeluaran kedua-dua barang secara
serentak. Untuk menambah satu barang maka satu barang lagi perlu dikurangkan
pengeluaranya. Kecerunan negatif kkp mengambarkan masalah kekurangan iaitu
untuk tambah kereta maka mesin basuh perlu dikurangkan
b.
Konsep pilihan
Masalah
kekurangan menyebabkan masyarakat perlu membuat pilihan. Masyarakat dapat
memilih pelbagai kombinasi barang di sepanjang KKP mengikut kehendak
masyarakat. Jika masyarakat lebih mementingkan pengeluaran kereta digambarkan
oleh titik A, maka masyarakat akan memperuntukan lebih banyak sumber
ekonomi untuk mengeluarkan barang
tersebut dan hanya sedikit sumber untuk mengeluarkan mesin basuh. Pilihan ini
ditunjukkan oleh pergerakan sepanjang KKP AF.
1.2.3. Hubungan keluk
kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas
Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas ditunjukkan oleh
kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran. Kecerunan keluk kemungkinan
pengeluaran diukur oleh kadar transformasi sut bagi satu barangan dengan
barangan lain. Kadat transformasi sut bagi barang X dan Y ditunjukkan oleh
rumus berikut:
MRTxy = ∆
QY = jumlah barang Y dilepaskan
∆ QX Jumlah barang X ditambah
|
Di mana,
∆ QY = perubahan kuantiti barang X
∆ QX = perubahan kuantiti barang X
Kadar
transformasi sut mengukur beberapa banyak barang Y yang perlu dilepaskan untuk
memperolehi seunit barang X.
Bentuk
keluk kemungkinan pengeluaran ditentukan oleh jenis kos lepas sama ada kos
lepas adalah malar atau kos lepas meningkat.
Bentuk
keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung menggambarkan kos lepas yang
meningkat. Setiap tambahan satu unit barang x, kuantiti barang Y yang perlu
dilepaskan semakin bertambah. Contoh kos lepas yang meningkat ditunjukkan oleh
jadual 1.1. Penambahan pengeluaran mesin basuh daripada 1 unit kepada 2 unit
menyebabkan 2 unit kereta terpaksa dilepaskan. Seterusnya tambahan pengeluaran
mesin basuh daripada 2 unit kapada 3 unit menyebabkan 3 unit kereta terpaksa
dilepaskan. Rajah 1.2 di bawah menunjukkan bentuk keluk kemungkinan pengeluaran
yang meggambarkan kos lepas meningkat.
Rajah 1.2: Keluk kemungkinan pengeluaran
bebentuk cembung
|
Bentuk
keluk kemungkinan pengeluaran bergaris lurus yang mencerun ke bawah dari kiri
ke kanan menggambarkan kos lepas yang malar. Setiap tambahan satu unit barang
x, kuantiti barang Y yang perlu dilepaskan adalah pada kadar yang sama. Contoh
kos lepas malar ditunjukan oleh jadual 1.2 di bawah. Tambahan satu unit barang
X akan menyebabkan 2 unit barang Y terpaksa dilepaskan pada kadar yang sama.
Jadual 1.2: Jadual kemungkinan
pengeluaran kos lepas malar
Kombinasi
|
Barang X
|
Barang Y
|
A
|
0
|
8
|
B
|
1
|
6
|
C
|
2
|
4
|
D
|
3
|
2
|
E
|
4
|
0
|
Bentuk
keluk kemungkinan pengeluaran yang menggambarkan kos lepas malar dapat
ditunjukkan oleh rajah 1.3.
Rajah
1.3: keluk kemungkinan pengeluaran kos lepas malar
|
1.2.4. Perubahan keluk
kemungkinan pengeluaran
Keluk
kemunkinan pengeluaran akan berubah kesan daripada pertambahan faktor-faktor
pengeluaran dan kemajuan teknologi.
- Pertambahan faktor-faktor pengeluaran
Pertambahan
faktor-faktor pengeluaran seperti pertambahan buruh, penemuan bahan-bahan
galian baru dan kemasukan modal asing akan menyebabkan perubahan keluk
kemungkinan pengeluaran. Pertambahan
faktor-faktor menyebabkan keupayaan pengeluaran kereta dan mesin basuh
bertambah, maka keluk kemungkinan pengeluaran AB akan berpindah ke keluk
kemungkinan pengeluaran CD seperti di dalam rajah 1.4
Rajah
1.4: peralihan KKP kesan daripada pertambahan faktor pengeluaran.
- Kemajuan teknologi
Kemajuan
teknologi akan meninggikan daya pengeluaran. Keluk kemungkinan pengeluaran akan
berpindah ke kanan. Keadaan ini dapat digambarkan dalam rajah 1.5 di bawah.
Keluk kemungkinan pengeluaran yang asal ialah keluk AB dan berpindah ke keluk
CD.
Rajah
1.5: Peralihan KKP kesan kemajuan teknologi
|
Apabila
berlaku kemajuan teknologi di dalam pengeluaran kereta sahaja, maka keluk
kemungkinan pengeluaran akan bergerak daripada AB ke CD seperti di dalam rajah
1.6 di bawah.
Rajah 1.6: Perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang
|
Apabila
berlaku kemajuan teknologi di dalam pengeluaran mesin basuh saja, keluk
kemungkinan pengeluaran akan berubah daripada AB ke AD seperti di dalam rajah
1.7.
Rajah 1.7: perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang
|
Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran kereta lebih besar
daripada mesin basuh. Ini dapat ditunjukkan di dalam rajah 1.8. Keluk
kemungkinan pengeluaran berpindah dari AB ke CD.
Rajah 1.8: perubahan dalam teknologi
|
Kemajuan
teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran mesin basuh lebih besar daripada
kereta dapat ditunjukkan di dalam rajah 1.9. Keluk kemungkinan pengeluaran
berpindah daripada AB ke CD.
Rajah 1.9:
Perubahan dalam teknologi
|
Menghitung kos lepas
seunit
Kos Lepas Seunit = ∆ brg X barang yg dilepaskan
(MRT) ∆ brg Y barang yg ditambah
|
Titik kombinasi
|
A
|
B
|
C
|
D
|
E
|
Jentera
|
0
|
1
|
2
|
3
|
4
|
Motosikal
|
100
|
90
|
75
|
55
|
0
|
- Berapakah kos lepas seunit untuk menghasilkan jentera dari
kombinasi B ke C?
Kos Lepas = ∆ motosikal (barang yg dilepaskan)
∆ jentera (barang yg ditambah)
• J0 = 1 , M0 = 90
J1 = 2 , M1 = 75
• M1 – M0 = 75 – 90
J1 – J0 =
2 – 1
• - 15
1
= -15
• Maksud : 15 unit motosikal perlu dilepaskan utk menghasilkan tambahan
1 unit jentera.
2. Berapakah kos
lepas seunit untuk mengeluarkan motosikal dari kombinasi D ke C?
Kos Lepas = ∆ jentera (barang yg dilepaskan)
∆ motosikal (barang yg ditambah)
• J0 = 3 , M0 = 55
J1 = 2 , M1 = 75
• J1 – J0 = 2
– 3
M1
– M0 75 – 55
= - 1
20
• Maksud : 1/20 unit jentera perlu dilepaskan utk menghasilkan tambahan
1 unit motosikal
3. Hitung kos
lepas seunit untuk menghasilkan unit ketiga jentera.
Kos
Lepas = ∆ motosikal (barang
yg dilepaskan)
∆ jentera (barang yg ditambah)
• J0 = 2 , M0 = 75
J1
= 3, M1 = 55
• M1 – M0 = 55 – 75
J1 – J0 =
3 – 2
• - 20
1
= -20
• Maksud : 20 unit motosikal perlu dilepaskan utk menghasilkan unit ketiga jentera
1.3 Sistem Ekonomi
Terdapat
empat bentuk sistem ekonomi. Bentuk sistem ekonomi yang berbeza adalah
disebabkan oleh ideologi, nilai kebudayaan dan politik penduduk negara
tersebut. Sistem ekonomi tersebut ialah sistem ekonomi kapitalis, sistem
ekonomi sosialis, sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi Islam.
1.3.1.
Sistem ekonomi kapitalis
Sistem
ekonomi kapitalis juga dikenali sebagai sistem ekonomi usaha bebas atau laizes faire. Setiap pengeluar mempunyai
tujuan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Segala keputusan pengeluaran
barang ditentukan oleh pasaran, iaitu kuasa permintaan dan kuasa penawaran.
Kuasa permintaan dan penawaran ini berperanan sebagai mekanisme pasaran dalam
menentukan harga, jenis, jumlah dan untuk siapa sesuatu barang itu dikeluarkan.
1.3.1.1. Ciri-ciri sistem ekonomi
kapitalis
a. Tingkat harga
Harga memainkan peranan yang penting. Harga ditetapkan oleh permintaan dan
penawaran. Penentuan harga ini dinamakan makenisme harga. Makenisme harga dapat
menetukan harga dan kuantiti sesuatu barangan.
b. Pemilikan swasta
Setiap
individu bebas mencari kekayaan dan menggunakan harta-hartanya mengikut
harsatnya sendiri. Namun demikian, seseorang ini mesti patuh kepada
undang-undang negara. Oleh itu, setiap individu akan mencari kekayaan
semaksimum mungkin bagi memenuhi keperluan dan cita-citanya.
c. Kerajaan tidak campur
tangan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi.
Segala
kegiatan ekonomi ditentukan oleh pengguna dan pengeluar. Pengeluar bebas
mengeluarkan keluarannya sebanyak mungkin dan pihak berkuasa tidak akan
campurtangan dengan menentukan barangan. Begitu juga pihak pengguna bebas
memiliki apa sahaja bergantung kepada pendapatan individu itu sendiri.
d. Wujudnya persaingan.
Persaingan
berlaku dalam sistem ekonomi kapitalis. Persaingan adalah bebas antara
pengeluar dengan pengeluar. Mereka bersaing bagi menarik hati pengguna dengan
menggunakan pelbagai kaedah umpamanya pengiklanan.
e. Wujud pelbagai barangan
dan perkhidmatan.
Terdapat
pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan dalam pasaran.ini adalah kerana
pengguna meminta pelbagai jenis barangan dan pengeluar akan berusaha memenuhi
permintaan pengguna.
1.3.1.2. Bagaimana masalah
asas ekonomi diselesaikan
Semua
masalah ekonomi diselesaikan oleh mekanisme pasaran. Masalah apakah barang yang
hendak dikeluarkan dan barapa banyak
jumlahnya akan ditentukan oleh kuasa pengguna. Para pengguna akan cuba
memaksimumkan kepuasan dengan pendapatannya yang terhad iaitu dengan membeli
harga tanah terrendah dan para pengeluar akan cuba memaksimumkan keuntungan
dengan menjual harga tertinggi. Keseimbangan harga dan kuantiti akan tercapai
apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran. ( akan dibincangkan
dengan lanjut dalam bab 2 ).
1.3.1.3. Kebaikan-kebaikan
sistem ekonomi kapitalis.
a. Kebajikan individu dan
masyarakat dapat dimaksimumkan.
Mengikut
sistem ekonomi pasaran bebas, individu dikatakan rasional. Ia merupakan pembuat
keputusan yang bijak untuk dirinya sendiri. Masing-masing akan cuba
memaksimumkan kepuasan.
c. Persiangan bebas memberi
faedah kepada individu dan Negara.
Dalam
pasaran bebas terdapat banyak firma yang bersaing mengeluarkan berbagai jenis
barang. Persaingan antara firma ini akan dapat meningkatkan kecekapan
firma dalam sesebuah negara. Hanya firma
yang cekap sahaja akan kekal dalam industri. Persaingan yang wujud dalam
pasaran ini akan menyebabkan harga yang dinikmati pengguna lebih rendah dan
kualiti barang adalah baik.
d. Menggalakkan perkembangan
teknologi dan inovasi.
Persaingan
yang wujud dalam pasaran akan meyebabkan setiap firma berusaha mencari
teknologi baru, berusaha mengadakan inovasi serta menjimatkan kos pengeluaran
dan meningkatkan daya pengeluaran. Persaingan yang wujud akan membawa kemajuan
kepada sesebuah negara.
e. Kecekapan penggunaan
faktor pengeluaran.
Dalam
sistem ekonomi pasaran bebas, kuasa permintaan dan penawaran akan menentukan
harga barangan dan faktor pengeluaran. Semakin tinggi permintaan maka semakin
tinggi harga sesuatu barang dan permintaan faktor pengeluaran turut meningkat
begitu juga sebaliknya. Harga yang tinggi akan menyebabkan pengguna menggunakan
barangan tanpa membazir dengan lebih cekap.
1.3.1.4.
Kelemahan-kelemahan sistem ekonomi kapitalis.
a.
Kegagalan menyediakan barangan awam.
Barangan
awam ialah barangan jika ditawarkan kepada seseorang terpaksa ditawarkan kepada
orang lain. Barang ini mempunyai ciri penggunaan bersama dan tidak wujud
persaingan sebagaimana terdapat dalam barangan swasta seperti perkhidmatan
pertahanan dan bomba. Barangan awam mempunyi nilai sosial yang tinggi. Barangan
ini tidak dikeluarkan oleh puhak swasta. Oleh itu kerajaan terpaksa campurtangan
untuk mengeluarkannya
b.
Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi
Dikatakan
punca wujudnya ketidakstabilan ekonomi adalah disebabkan individu bertindak
besendirian secara bebas tanpa perangcangan. Kesan dari penawaran dan
permintaan yang kerap berubah menyebabkan harga barangan tidak stabil.
Ketidakstabilan harga ini akan menyebabkan ekonomi mengalami inflasi atau
kemelesetan serta masalah defisit dalam imbangan pembayaran. Semua ini menberi
kesan negatif kepada rakyat dan negara.
c.
Agihan pendapatan yang tidak setara
Mekanisme
pasaran yang bebas tanpa sekatan akan mengakibatkan agihan pendapatan kekayaan
negara tidak setara. Dalam sistem ekonomi yang kaya bertambah kaya dan yang
miskin bertambah miskin. Mereka yang kaya akan menggunakan kekuasaan yang ada
bagi menghalang perkembangan penguasa kecil. Jika keadaan ini terus wujud dalam
ekonomi, maka agihan pendapatan antara individu dan antara wilayah monopoli
dalam pengeluaran dan seterusnya menjejaskan kebajikan pengguna.
d.
Mewujudkan kuasa monopoli
Persaingan
yang hebat antara firma dalam pasaran akan melibatkan kos yang tinggi,
terutamanya kos pengiklanan. Kos ini kerapkali dipindah atau dibebankan kepada
pengguna. Kesan dari persaingan ini akhirnya tinggal beberapa buah firma sahaja
yang mungkin dapat terus kekal dan bertahan. Ini akan mewujudkan monopoli dalam
pengeluaran dan seterusnya menjejaskan kebajikan pengguna.
e.
Kesan luaran yang negatif
Matlamat
utama pengeluar ialah memaksimumkan keuntungan dan proses pengeluaran kerap
kali dikatakan mendatangkan kesan luaran negatif seperti pencemaran air dan
udara. Masalah ini menyebabkan pengeluar mendapat untung dan masyarakat
dibebankan dengan kos pencemaran yang merupakan kos sosial.
1.3.2.
Sistem ekonomi sosialis
Sistem
ekonomi sosialis atau sistem ekonomi perancangan pusat atau sistem ekonomi
arahan pusat ialah sistem ekonomi di mana semua kegiatan ekonomi dikawal
sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Masyarakat tidak mepunyai kebebasan untuk
menentukan corak kegiatan ekonomi yang dikehendaki. Ini adalah menjamin tingkat
kebajikan dan kesejahteraan masyarakat yang tinggi. Pengeluaran yang dihasilkan
bukan bertujuan keuntungan sebaliknya untuk kepentingan masyarakat keseluruhan.
1.3.2.1. Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat
a.
Sistem pemilikan bersama
Ini
beerti bahawa semua unit pengeluaran dimiliki oleh kerajaan secara kolektif.
Pemerintah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengeluaran dan kawalan
b.
Tidak mementingkan keuntungan mutlak
Keuntungan
bukanlah motif utama sistem ekonomi ini. Melalui sistem ekonomi perancangan
pusat, aspek kebajikan rakyat adalah matlamat yang terpenting.
c.
Wujudnya lembaga perancangan ekonomi
Dalam
sistem ekonomi perancangan pusat terdapat satu lembaga yang ditubuhkan oleh
pemerintah bagi merancang program, strategi, prosedur. Lembaga ini akan
memastikan segala yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan.
d.
Harga dan kualiti ditentukan oleh kerajaan.
Rakyat
tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam penentuan harga dan kualiti sesuatu
barangan. Segala harga dan kualiti barangan dan perkhidmatan ditentukan oleh
pihak kerajaan.
1.3.2.2. Bagaimana masalah asas
ekonomi diselesaikan.
Dalam
sistem ekonomi ini semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan pusat.
Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memilih barang yang sesuai dengan
keinginan mereka dan kuasa beli dikawal oleh kerajaan.
Masalah
apa yang hendak dikeluarkan akan ditetapkan oleh kerajaan melalui badan
perancangan ekonomi. Selalunya kerajaan akan mengeluarkan barang-barang yang
boleh meningkatkan kebajikan masyarakat bukannya barangan yang bermotifkan
keuntungan. Jumlah barangan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keputusan
kerajaan berdasarkan keperluan masyarakat semasa.
Semasa
faktor pengeluaran dimiliki dan dikawal oleh kerajaan. Individu tidak
dibenarkan memiliki harta kekayaan. Oleh yang demikian kerajaan akan menentukan
bagaimana barangan dikeluarkan. Biasanya badan perancangan akan memperuntukan
faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan supaya
dapat mempertingkatkan kebajikan masyarakat dan keselamatan negara.
Karajaan
juga akan menentukan untuk siapa barang harus dikeluarkan. Karajaan juga
menyediakan barang keperluan asas seperti makanan, pakaian, perlindungan dan
sebagainya untuk diagihkan kepada masyarakat bertujuan meninggikan kebajikan
mereka. Selain itu kerajaan akan mempastikan tidak wujudnya pengangguran
sebaliknya agihan pendapatan adalah setara.
1.3.2.3.
Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat
a.
Agihan pendapatan seimbang
Dalam
system ekonomi perancang pusat semua faktor pengeluaran dan aset dimiliki oleh
kerajaan. Setiap individu diberi hak yang sama rata untuk memenuhi kehidupan.
Setiap penduduk diberi kaminan hak asasi dan kawalan pembolotan harta kekayaan
negara, menjadikan rakyat tiada yang kaya dan tidak yang miskin. Oleh itu
agihan pendapatan menjadi seimbang dan masalah ketidak seimbangan pendapatan
tidak timbul dalam sistem ini.
b.
Matlamat sosial diutamakan
Matlamat
kerajaan dalam sistem ini ialah meningkatkan kepentingan dan kebajikan
masyarakat secara menyeluruh bukannya mencapai keuntungan yang maksimum. Oleh
yang demikian kerajaan akan mengeluarkan lebih barang awam berbanding dengan
barang yang boleh mendatangkan kesan luaran negatif. Dengan berbuat demikian,
kebajikan sosial sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi.
c.
Penggunaan sumber ekonomi yang cekap
Sistem
ekonomi ini menerima hakikat bahawa setiap manusia perlu diberi keperluan asas
dalam kehidupan mereka umpamanya makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan
dan sebagainya. Keperluan ini merupakan hak rakyat. Pengeluaran barangan yang
dikawal kerajaan akan menjamin kecekapan dalam penggunaan sumber-sumber
ekonomi.
d.
Kestabilan ekonomi
Kawalan
sepenuhnya terhadap ekonomi menyebabkan ekonomi negara yang mengamalkan sistem
ini lebih stabil. Masalah inflasi, pengangguran dan imbangan pembayaran tidak
begitu ketara kerana kerajaan yang memiliki faktor pengeluaran boleh mengawal
pelaburan, penawaran agregat serta permintaan agregat.
1.3.2.4. Kelemahan-kelematan system
ekonomi perancangan pusat
a.
Individu hilang kuasa memiliki kekayaan
Individu
dilarang dari memiliki harta kekayaan dan tidak bebas memilih barang yang
mereka kehendaki. Walaupun individu diberi jaminan mengenai mata pencarian
mereka, tetapi mereka tidak dibenarkan memilih atau menukar pekerjaan. Ini
bermakna mereka telah kehilangan kebebasan untuk membuat keputusan ekonomi
sendiri menyebabkan kebolehan, tanaga serta kemampuan mereka tidak dapat
dimaksimumkan.
b.
Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat
Sistem
ekonomi ini menjamin setiap individu mendapat keperluan asas. Indivdu tidak
dibenarkan secara bebas mengumpul kekayaan. Keadaan ini tidak menggalakkan
individu untuk berusaha dan bekerja kuat. Masing-masing mencari jalan untuk
mengambil tugas-tugas yang ringan dan menyeronokkan sahaja dan kesannya daya
pengeluaran negara menjadi rendah.
c.
Teknologi dan reka cipta terhad
Daya
cipta oleh anggota masyarakat merupakan penggerak utama kepada perkembangan
teknologi dalam sesebuah negara. Individu berupaya merekacipta kaedah
pengeluaran yang cekap atau barangan baru, yang bukan sahaja boleh mendatangkan
keuntungan lumayan kepadanya malahan dapat mengukuhkan lagi kedudukan
kewangannya. Maka individu yang bermatlamat ini akan berusaha untuk mencipta
teknologi baru. Akan tetapi dalam sistem ekonomi perancangan pusat, daya cipta
manusia adalah terhad kerana tanpa dorongan keuntungan persendirian adalah
sukar untuk memotivasikan individu ke arah penciptaan teknologi yang baru.
d.
Kelemahan perancangan
Perancangan
yang terlalu kompleks tidak dapat dibuat untuk semua kegiatan ekonomi dalam
negara oleh sistem ekonomi perancangan pusat. Dengan demikian sesetengah
perancangan tidak cekap dan ini akan melemahkan pertumbuhan ekonomi.
Perancangan juga menjadi lemah kerana tiada ganjaran yang memuaskan. Kakitangan
kerajaan yang jujur dalam manjalankan tugas juga sukar diperolehi.
1.3.3. Sistem ekonomi campuran
1.3.2.2.
Konsep ekonomi campuran
Sistem
ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi di mana pihak swasta dan
kerajaan bersama-sama membuat keputusan dan menyelesaikan masalah-masalah asas
ekonomi. Sistem ini merupakan perantaraan di antara sistem ekonomi pasaran dan
sistem ekonomi perancangan pusat. Dalam sistem ekonomi ini biasanya kerajaan
campur tangan dalam kegiatan ekonomi yang penting sahaja. Masyarakat diberi
kebebasan untuk menentukan kegiatan ekonomi yang ingin dijalankan melalui
mekanisme harga.
1.3.2.3. Bagaimanakah masalah asas
ekonomi diselesaikan
Masalah
apa dan berapa banyak kualiti barangan yang akan dikeluarkan akan ditentukan
oleh sektor swasta dan sektor kerajaan. Dalam sektor swasta mekanisme harga
melalui intraksi antara kuasa permintaan dan penawaran menentukan apa dan
berapa banyak kuantiti barangan yang akan dikeluarkan. Pengguna dan pengeluar
bebas membuat pilihan.
Melalui
undang-undang dan sistem perlesenan, kerajaan menettukan jenis dan kuantiti
barang yang akan dikeluarkan. Dalam
sektor awam, kerajaan mengeluarkan barang sosial seperti jalan raya, lampu
jalan, perkhidmatan pertahanan, bomba, pendidikan dan kesihatan.
Apabila
wujud kelemahan mekanisme harga, kerajaan akan campur tangan untuk mengawal
jenis, jumlah dan harga barangan tertentu yang dikeluarkan oleh sektor swasta
umpamanya dasar harga maksimum, dasar harga minimum, koata dan dasar kawalan
harga dilaksanakan untuk tujuan ini.
Masalah
bagaimana barang dikeluarkan juga diselesaikan oleh sektor swasta dan sektor
kerajaan. Mekanisme harga masih memainkan peranan penting untuk menyelesaikan
masalah bagaimana barangan dikeluarkan. Harga faktor-faktor pengeluaran akan
membantu para pengeluar untuk menentukan teknik pengeluaran supaya kos
pengeluaran diminimimkan. Kerajaan akan campur tangan sekiranya ada kelemahan.
Pihak pengeluar perlu mamatuhi undang-undang pencemaran, penggunaan teknologi
dan sebagainya.
Kerajaan
dan swasta akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah untuk siapa barang
dikeluarkan. Dalam sektor swasta, mekanisme harga akan menentukan harga barang
dalam pasaran barang dan harga faktor dalam pasaran faktor. Mekenisme pasar dan
agihan pendapatan menentukan untuk siapa barang dikeluarkan. Kerajaan pula akan
mengeluarkan barang sosial kepada penduduk untuk kebajikan masyarakat dan
keselamatan negara. Campur tangan kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan
masyarakat.
1.3.2.4. Bentuk-bentuk campurtangan
kerajaan iaitu:
Terdapat
3 bentuk campurtangan kerajaan iaitu:
a.
Dasar fiskal
Dasar
fiscal merujuk kepada dasar pencukaian dan perbelanjaan kerajaan. Tujuan
kutipan cukai ialah untuk untuk mendapatkan hasil kepada kerajaan dan juga
untuk mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan. Selain
itu cukai juga untuk menggalakkan pengguna dan pengeluar menggunakan faktor
pengeluaran dengan cekap.
Perbelanjaan
kerajaan secara langsung dapat membekalkan kemudahan asas penubuhan perusahaan
awam, yang seterusnya dapat membangunkan negara dengan lebih pesat dan lebih
seimbang.
b.
Penggubalan peraturan dan undang-undang
Penggubalan
peraturan dan undang-undang diperlukan supaya sistem ekonomi dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan. Selain dari itu ia juga bertujuan untuk
kesejahtaraan dan kemakmuran negara. Antara bentuk undang-undang yang digubal
di Malaysia seperti Akata Syarikat 1965, Akta Galakan Perlaburan 1968, Akta
Pekerja 1968 dan Akta Buruh 1968.
c.
Dasar kewangan
Dasar
kewangan dijalankan oleh bank pusat yang bertujuan mengawal penawaran wang
dalam pasaran. Semasa kemelesetan bank pusat cuba menambah penawaran wang dalam
negara melalui dasar kewangan. Penambahan penawaran wang menyebabkan kadar
bunga jatuh. Kajatuhan kadar bunga menyebabkan pertambahan perlaburan dan
menyebabkan berlaku pertambahan peluang pekerjaan kepada penduduk. Akhirnya
pengangguran akan berkurang.
Sebaliknya
semasa inflasi, bank negara akan mengurangkan panawaran wang. Ini akan
menyebabkan kadar bunga meningkat dan seterusnya akan menggalakkan masyarakat
menabung. Kanaikan dalam tabungan akan mengurangkan permintaan masyarakat
tehadap barang di pasaran. Pengurangan permintaan keseluruhannya di pasaran
menyebabkan harga barangan turun dan inflasi dapat dibendung.
1.3.3 Sebab-sebab campurtangan kerajaan
a. Menyediakan barang awam
Barang awam
tidak disediakan dalam sistem ekonomi pasaran bebas kerana kos untuk
mengeluarkannya adalah terlalu tinggi dan tidak mendatangkan keuntungan. Ini
kerana firma tidak dapat menghalang orang yang tidak membayar untuk
menggunakannya. Oleh itu, kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang
awam untuk meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara. Barangan yang
disediakan oleh kerajaan adalah seperti pertahanan, lampu jalan raya,
pengangkutan kereta api, pendidikan dan sebagainya.
b.
Ketaksetaraan agihan pendapatan
Kerajaan
campurtangan dalam kegiatan ekonomi bertujuan supaya jurang perbezaan
pendapatan di antara golongan kaya dengan golongan miskin dapat dirapatkan dan
sumber kekayaan negara dapat diagihkan dengan lebih setara. Melalui sistem
percukaian dan pemberian subsidi kerajaan berjaya menghasilkan agihan
pendapatan yang seimbang supaya golongan kaya tidak menjadi semakin kaya dan
golongan miskin tidak bertambah miskin.
c. Kewujudan kuasa monopoli
Kuasa
monopoli yang wujud di bawah mekanisme pasaran perlu dikurangkan atau
dihapuskan kerana monopoli akan menyebabkan firma berupaya menguasai pasaran
dan mengenakan tingkat harga yang tinggi ke atas barang-barang yang sengaja
dihasilkan dengan kuantiti yang sedikit. Kuasa monopoli dapat dibendung melalui
kawalan langsung dan kawalan tak langsung.
d.
kesan eksternaliti negatif
Pelaksanaan
undang-undang dan peraturan oleh kerajaan dapat menghapuskan kesan luaran yang
negatif seperti pencemaran alam dan masalah kesesakan lalu linta akibat daripada aktiviti pengeluaran dan
penggunaan pihak swasta yang tidak terkawal.
e. Ketakstabilan harga
Ketidakstabilan
harga berpunca daripada permintaan dan penawaran yang kerap berubah. Hal ini
menyebabkan harga barang tidak stabil dan menyebabkan ekonomi melambung dan
meleset. Melalui campur tangan kerajaan harga barang ditentukan oleh mekanisme
harga dan dikawal oleh kerajaan.
1.3.3. Sistem ekonomi Islam
Ekonomi
Islam adalah merupakan “ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras
kehendak-kehandak syariat dalam memperolah, mengguna atau megurus sumber alam
untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi
mandapat keredaan Allah”.
Islam
menangani pengekonomian ini bedasarkan akidah yang kukuh. Rezeki yang Allah
sediakan di ala mini adalah mencukupi untuk seluruh makhlukNya. Kalau ada yang
tidak cukup itu adalah kelemahan manusia sendiri sama ada tamak, atau
kekurangan pengetahuan untuk mengenali atau memperoleh sumber-sumber lain atau
yang belum dapat diterokai.
1.3.3.2. Objektif ekonomi Islam
Objektif
utama kegiatan ekonomi Islam adalah pebcapaian Al-Falah. Skop Al-Falah
merangkumi kejayaan dunia dan akhirat, atas dasar ketaatan dan pengabdian diri
kepada Allah secara ikhlas. Ekonomi kebendaan bukanlah matlamat, tetapi
digunakan sebagai alat bagi mencapai Al-Falah. Oleh itu ekonomi tidak boleh
dipandang dari aspek kebendaan semata-mata, tetapi peril dilihat aspek
kerohanianya.
Selain
itu objektif sampingan ialah:
a. Kesejahtaraan ekonomi. System ekonomi Islam mengarahkan kepada kewujudan
kesejahtaraan ekonomi bagi individu dan masyarakat serta negara amnya.
b. Kecekapan dan ketenangan hidup. Menghindarkan kelparan dan ketakutan yang
wujud dalam masyarakat bagi memastikan keperluan asas bagi setiap manusia dari
segi makanan, pakaian, perlindungan, kesihatan dan perlindungan.
c. Penggunaan sumber yang optimum, pengeluaran yang banyak, peminimuman jurang
agihan pendapatan, harta, kakayaan dan pembangunan serta penyediaan kemajuan
dan pembangunan ekonomi.
1.3.3.3.
Sumber perundangan ekonomi Islam
a.
Sumber-sumber utama
i. Al-Quran: Ia adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah. Ia
adalah merupakan sumber asas yang terpenting dan dalil pertama dalam penentuan
hokum. Ia tidak boleh didahului oleh sumber-sumber hokum yang lain.
ii. As-Sunnah: Ia adalah merupakan perjalanan Rasulullahyang meliputi ucapan,
perbuatan dan pengakuannya. Ia merupakan sumber perundangan kedua selepas
Al-Quran. Dibandningkan dengan Al-Quran ia adalah penjelasan, perincian dan
penghuraian kepada Al-Quran yang lebih bersifat umum.
b.
Sumber-sumber ambilan
Ia
terdiri daripada sumber-sumber lain selain daripada Al-Quran dan As-Sunnah,
sama adad dalam bentuk ijmak,qias, perjalanan sahabat, ijtihad, uruf dan
lain-lainnya yang semuanya tidak lari dari roh sumber asalnya iaitu Al-Quran
dan As-Sunnah.
i. Ijmak: Ia merupakan kesepakatan ulamak mujtahidin (mereka yang
benar-benarmendalami dan menghayati ilmu-ilmu agama) tentang sesuatu huku dan
peraturan agama ( ad deen)
ii. Qias: Ia adalah satu hokum agama yang telah tetap ke atas sesuatu dan
dijadikan hokum untuk sesuatu yang lain di mana kedua-duanya dianggap memounyai
sebab atau sifat yang sama.
iii. Pendapat Sahabat: Ianya hampir setaraf dengan sunnah Rasulullah kerana
mereka hidup sezaman dengan baginda. Mereka adalah golongan yang lebih faham
tentang Islam kerana hidup bersama-sama Rasulullah.
iv. Uruf: Ia merupakan nilai, adapt atau kebiasaan masyarakat selagi tidak
bercanggah dengan syariat Islam.
v. Ijtihad: ia merupakan usahabersungguh-sungguh seseorang faqih untuk
mendapatkan hokum syariah yang belum terdapat dengan terang sama ada dalam
Al-Quran atau As Sunnah. Oleh itu, ijtihad hanya boleh dilakukan oleh individu
tertentu sahaja iaitu mujtahid.
1.3.3.4. Asas ekonomi Islam
a.
Konsep Tauhid
Ia
merangkumi hubungan manusia dengan penciptaNya (Allah) dan hubungan manusia
dengan manusia. Perhubungan manusia dengan manusia adalah dalam naungan sinaran
perhubungan dengan Allah, tidak takut kepada manusia sebab manusia adalah
makhluk Allah yang tidak ada kuasa, sebaliknya tidak menzalimi manusia lain
sebab Allah adalah pencipta dan pemeliharaan segala makhluk.
b.
Konsep Rububiyah
Sifat
Allah sebagai penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menjaga dan
menampung kehidupan makhluk kepada kesempurnaannya. Dalam konteks ekonomi,
ianya merupakan peraturan Ilahi bagi menyusun rezeki dan aktiviti ekonomi
manusia bagi kepentingan yang sebenar.
c.
Konsep Tazkiyah
Membentuk
kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Salah satu tujuan perutusan rasul-rasul
ialah untuk memurni dan menyucikan hati manusia di dalam hubungannya dengan
Allah, manusiadan alamnya. Penyucian harta melalui zakat dan sedekah. Dari
tazkiyah lahirlah Al Falah. Penghuluran tazkiyah adalah natijah dari
perlaksanaan konsep Rububiyah.
d.
Manusia sebagai kalifah
Sebagai
kalifah yang sekali gus sebagi hamba Allah, manusia adalah pemegang amanah dan
mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Dia berperanan untuk
memakmurkan bumi. Walau bagaimanapun, pemakmuran ini adalah dalam hubungan
pengabdian kepada Allah.
e.
Persaudaraan dan pengorbanan
Persaudaraan
sebahagian dari tauhid. Rasa kasih sayang, hormat menghormati, bertanggungjawab
dan rela berkorban untuk saudaranyaadalah tanda iman seseorang. Oleh itu, tidak
menindas, memeras atau kedekut tidak wujud dalam sistem ekonomi Islam.
1.3.3.5. Syarat aktiviti
perekonomian sebagai ibadah
Seperti
mana yang telah disebutkan, memenuhi tuntutan akidah, syariat dan akhlak dalam
aktviti perekonomian adalah satu kemestian bagi setiap muslim. Ini adalah
syarat penting bagi keberkatan dan kesejahteraan kehidupan manusia.
Syarat-syaratnya ialah:
a.
Akidah mesti betul
Penuh
keyakinan akan ketunggalan Allah dari segi asma’ dan sifat rububiyah dan
uluhiyah-nya. Berkeyakinan bahawa system ekonomi Islam adalah satu-satunya
system yang mendapat pengiktirafan Allah dan kerana itu ia adalah system
ekonomi yang terbaik yang boleh menyelesaikan masalah ekonomi manusia.
b.
Niat mestilah betul
Masalah
ini berkait dengan kesucian hati. Segala amalan ekonomi mestilah diniatkan
untuk Allah bagi mendapat keredhaanNya, bukan bertujuan untuk selain daripada
Allah, menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mesti ikhlas kerana Allah. Niat yang
ikhlas lahir dari keyakinan yang kukuh terhadap kemanfaatan dunia dan akhirat
daripada mengamalkan perintah-perintah Allah.
c.
Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam
Bidang
kerja yang diceburi mestilah bidang yang digalak dan dihalalkan dalam Islam.
Jauh dari bidang yang terkeji, terkutuk atau yang haram, malah yang syubahat
atau makhruh sekalipun.
d.
Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam
Mesti
dengan penuh ketekunan, kesabaran, amanah, bertanggungjawab, berbudi dan
berperibadi mulia, bersyukur dan terhindar daripada amalan penipuan serta
penindasan. Inilah di antara sifat-sifat akhlak mulia yang perlu ada bagi setiap
muslim supaya usaha tersebut betul-betul mendapat keberkatan dan keredhaan dari
Allah.
e.
Natijahnya betul dan memberi faedah keperluan ramai
Hasil
usaha perekonomian mestilah dibelanjakan kea rah jalan yang betul sesuai dengan
kehendak Islam. Di samping digunakan bagi keperluan sendiri dan keluarga, ia
perlu juga dimanfaatkan bagi keperluan ramai. Di sini timbulnya kewajipan
berzakat dan kemuliaan bersedekah.
f.
Tidak meninggalkan ibadat wajib
Usaha
perekonomian (yang berbentuk ibadat umum) tidak semestinya dijadikan alas an
untuk meninggalkan abadat khusus seperti solat dan puasa. Kesibukan berekonomi
tidak seharusnya membawa kita kepada kelalaian tenggungjawab terhadap Allah.
Janganlah harta, kebendaan dan isteri/suami , anak-anak itu melalaikan kita dari
mengingati Allah.
1.3.3.6. Konsep usaha dan kerja
dalam Islam
Bumi
ini dijadikan bagi lapangan hidup manusia supaya berusaha dab bekerja bagi
mencapai dan memenuhi keperluan diri khususnya dan masyarakat serta negara dan
pembentukan tamadun Islam umumnya.
a.
Bumi sebagai lapangan kehidupan
Bumi
ini dijadikan Allah untuk manusia. Sebelum manusia dijadikan, bumu terlebih
dahulu diciptakanNya. Oleh itu persediaan bagi kehidupan manusia, Allah telah
sediakan rancangan terlebih dahulu mengikut kehendakNya.
Taraf
manusia sebagai kalifah di bumi (Al Quran 2:30) dan sekali gus hamba Allah yang tindakannya sentiasa dalam
hubungan pengabdian diri kepada Allah, adalah bukti jelas menunjukkan
manfaat bumi ini adalah untuk manusia dan bukan untuk objek lain. Malah semua
makhluk dan objek-objek lain yang dicipta oleh Allah di bumi ini adalah untuk
keperluan manusia juga. Firman Allah yang bermaksud:
“Dialah
Allah yang menjadikan segala yang adad di bumi ini untuk kamu…”
(Al
Quran 2:29)
Semua
makhluk tunduk kepada manusia, tunduk dalam konsep “berkhidmat untuk manusia”,
malah makhluk nurani seperti malaikat pun duijadikan Allah bagi berkhidmat
untuk manusia.
b.
Kemuliaan bekerja
Bekerja
bermaksud menggerakkan fizikal dan mental seseorang, tidak membenarkannya duduk
diam dan bermalas. Kemalasan sepatutnya tidak ada dalam diri setiap muslim,
kerana kemalasan akan membawa kepada kelembapan fizikal dan mental. Ia juga
boleh membawa seseorang kepada kefakiran, sedangkan kafakiran akan menjadikan
bebanan kepada masyarakat dan agama. Kafakiran juga boleh membawa kepada
kekufuran. Sabda Rasulullahyang bermaksud:
“ Hampir-hampir kafakiran itu membawa
kepada kekufuran”
Adalah
befaedah menjadi orang yang berada kerana ia boleh meberi daripada menjadi
orang miskin yang meminta-minta kerana sabda Rasulullah yang bermaksud:
“ Tangan yang disebelah atas ( yang
memberi )adalah lebih baik daripada yang disebelah bawah (yang menerima)”.
Walau
bagaimanapun, adalah lebih baik menjadi orang miskin tetapi tidak meminta-minta
daripada menjadi orang kaya tetapi lupa daratan, lupa kepada nikmat Allah yang
bertambah jauh dari Allah.
c.
Motivasi kerja
Untuk
memperolah dan mencapai sesuatu, manusia perlu berusaha dan bekerja kerana
kerja adalah sebagai “fitrah” bagi memenuhi keinginan. Tanpa kerja; lazimnya
seseorang tidak akan dapat memenuhi keperluan diri, keluarga lebih-lebih lagi
keperluan masyarakat dan negara. Keinginan akan tinggal sebagai angan-angan.
Kalau keinginan atau keperluan diri mahu dipenuhi maka ia perlu bekerja. Begitu
juga dengan keperluan-keperluan lainiaitu dalam bentukbantuan kepada
masyarakat. Hasrat untuk membantu atau memberi sumbangan kepada masyarakat dan
negara tidak akan terhasil kalau ia tidak bekerja secara tekun dan
bersungguh-sungguh.
Bekerja
sebagai usaha memakmurkan bumi. Setiap manusia perlu mempunyai motivasi ini
kerana Allah sendiri berfirman yang bermaksud:
“…..Dia
(Allah) yang telah menjadikan kamu dari bumu (tanah) dan menjadikan kamu
pemakmurnya….
(Al
Quran 11:61)
Sumber-sumber
pengeluaran yang dianugerahkan oleh Allah di bumi ini diperlukan
dimobilisasikan, tidak boleh dibiarkan beku tersimpan atau sehingga terlepas ke
tangan orang lain terutama musuh-musuh Islam yang menggunakannya bagi
menjatuhkan orang-orang Islam. Pembinaan tamadun Islam akan terhasil melalui
usaha dan kerja. Orang Islam perlu membina tamadunnya secara teliti, tekun,
sabar, waspada supeya sentiasa berada pada landasan yang benar dan tidak mudah
terikut-ikut dengan arus nafsu.
1.3.3.7. Ciri-ciri ekonomi Islam
a.
Objektif pengeluaran
Tujuan
utama pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk memaksimumkan keuntungan
individu dan pihak swasta serta kebajikan masyarakat selaras dengan hukum
Islam. Kepentingan individu diselaraskan dengan kepentingan masyarakat.
b.
Pemilikan sumber ekonomi
Individu
dan pihak swasta bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan asalkan tidak bertentangan dengan hukum
Islam.
c.
Pembuat keputusan
Individu
dan pihak swasta bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga berdasarkan hukum Islam.
Kerajaan akan mengeluarkan barang awam.
d.
Kebebasan memilih
Individu
dan pihak swasta bebas memilih barang dan perkhidmatan yang akan digunakan
asalkan tidak melanggar hukum Islam. Individu bebas memilih barang yang akan
dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pengguna dan mendapat keuntungan asalkan
tidak bertentangan dengan hukum Islam
e.
Persaingan
Individu
dan swasta bebas bersaing bagi memperoleh keuntungan dan kerajaan memastikan
persaingan berlaku secara adil dan sihat mengikut hukum Islam demi menjaga
kesejahteraan rakyat.
f.
Penentuan harga
Harga
barang dan perkhidmatan ditentukan melalui mekanisme harga. Walaubagaimanapun,
kerajaan akan campur tangan bagi menentukan harga barang tertentu jika
mekanisme harga menjejaskan masyarakat.
1.3.3.8. Pengkelasan barang
mengikut Islam
Secara
umumnya ada lima (5) jenis iaitu:
a.
Keperluan untuk hidup (Daruriyat)
Merujuk
kepada barangan yang tanpanya seseorang akan mati. Contohnya makanan kepada
orang yang dilanda kebuluran, rumah dan pakaian kapada orang yang kesejukan.
Dalam keadaan ini (darurat), yang haram seperti daging uluar pun harus
digunakan.
b.
Keperluan asas
Ia
merujuk kepada barangan / perkhidmatanyang tanpanya seseorang itu akan hidup
susah, tetapi tidak akan membawa kepada kematian yang segera. Contohnya
kediaman , pakaian dan kemudahan perubatan.
c.
Barangan kesenangan
Iaitu
barang yang menjadikan hidup manusia lebih selesa, sempurna tepi tanpanya tidak
akan menjadi susah. Contohnya pakaian dan rumah yang cantik dan selesa serta
kemas dan perabut-perabutnya yang lengkap.
d.
Barang mewah
Iaitu
barang yang tidak diperlukan untuk keselesaan tapi kebiasaannya untuk
bermegah-megah dan berbangga-bangga. Conyohnya kereta mewah, rumah dengan
perhiasan jutaan RM. Islam tidak menggalakkan barang-barang ini, malah haram
jika tujuan riak.
e.
Barang bahaya / merosakkan
Setiap
barang yang boleh membawa mudarat, sama ada kepada penggunanya atau masyarakat
adalah dilarang. Contohnya arak yang boleh merosakkan fikiran peminumnya dan mengganggu
masyarakat dari segi jenayah kesan hilang kewarasan. Begitu juga rokok yang
memudaratkan kesihatan penghisapnya serta masyarakat sekeliling. Begitu juga
dengan pelacuran, dadah dan sebagainya, semuanya haram. Barang-barang ini tidak
boleh dimiliki dan diniagakan oleh orang Islam dalam ekonomi Islam kerana
barang-barang ini bukan dianggap sebagai “barangan” dalam Islam. Barang
pengguna ialah barang yang boleh guna, yang memberi faedah dan penggunaannya
membawa kebaikan kebendaan, moral dan kerohanian kepada pengguna
Hi & salam PKP...
ReplyDeleteTahniah atas artikel yang lengkap dan terperinci. Bagaimana pula kalau kita nak cari analisa kemungkinan bagi makroekonomi?
Thank you
ReplyDeleteapakah kesan perubahan kuantiti sumber dan teknologi terhadap KKP?
ReplyDelete«Когда я как владелец малого бизнеса в сложной ситуации подавал заявку на ссуду на покупку своего здания, обычные банки сказали, что не могут мне помочь. Кредитная фирма г-на Ли села со мной, выслушала мою ситуацию и решила, что я стоит рискнуть. Вот и мы, 5 лет спустя, и я только что продлил свой кредит еще на 7 лет. Я не смог бы купить свое здание без помощи ссуды от мистера Ли, и буду вечно в долгу перед ними за предоставленную у меня есть шанс, когда никто другой не сделает этого. "Вот контакт мистера Ли. Электронная почта: 247officedept@gmail.com Также в WhatsApp: + 1-989-394-3740 Так что я посоветую всем здесь, кто ищет ссуду, связаться с мистером Ли за помощью. ссудное финансирование.
ReplyDelete